Thursday, July 9, 2026

Generasi Kita



Hari ini aku betul betul terkesan dengan kes pelajar sekolah yang ditikam berkali kali oleh rakannya sendiri.

Sampai sekarang aku masih terfikir fikir.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku dengan anak anak kita hari ini?

Dulu, kalau sebut masalah budak sekolah, kita bayangkan bergaduh, ponteng, kena rotan atau bergurau keterlaluan. Sekarang, berita yang kita baca semakin menakutkan. Senjata, keganasan, buli, tekanan emosi… semuanya macam makin menjadi jadi.

Ini baru satu kes yang kita tahu. Yang keluar dalam berita.

Yang tak keluar? Yang dipendam? Yang mangsa takut nak cerita? Yang ibu bapa tak pernah tahu? Mungkin jauh lebih banyak daripada yang kita sangka.

Kadang kadang aku tertanya, bila kali terakhir kita betul betul duduk dan dengar cerita anak anak tanpa pegang telefon? Bila kali terakhir kita tanya mereka, “Hari ni macam mana?” bukan sekadar, “Homework dah siap?”

Aku bukan nak salahkan ibu bapa. Bukan juga nak salahkan guru. Cabaran anak anak hari ini memang jauh berbeza daripada zaman kita. Mereka membesar dalam dunia yang penuh tekanan, media sosial, perbandingan, dan macam macam pengaruh yang kita sendiri susah nak kawal.

Sebab itu semua orang ada peranan. Ibu bapa, guru, saudara mara, jiran… kalau nampak ada anak yang berubah, jangan terus hukum. Tegur. Dengar. Ambil tahu. Kadang kadang, orang yang paling banyak ketawa itulah yang sebenarnya paling banyak memendam.

Aku sendiri ada ramai anak buah yang sedang membesar. Sebab itu aku risau. Aku cuma berharap mereka membesar dalam dunia yang masih ada rasa hormat, belas kasihan dan kasih sayang.

Semoga Allah pelihara anak anak kita semua. Semoga tiada lagi berita macam ni yang perlu kita baca.


Thursday, January 1, 2026

Air Panas Segera

 Adik aku bising sebab aku tak sambung lagi perkhidmatan filter air yang bayar 5-7 tahun lepas dah habis bayar bertahun tahun tu kalau nak servis kena bayar lagi. Ye aku faham, nak bayar perkhidmatan. Tapi aku decited tak nak pakai dah. Aku ganti dengan filter air lain, bezanya tak guna elektrik, makanya tak adalah air panas dan sejuk yang boleh kita minum terus. Jimat elektrikkan?

 Lepas dah buang filter air tu, ruang dapur pun lebih luas. Bayar sekali tu je, time nak tukar filter dalamnya, sekali je, dan murah. Jenama apa, entahler. Aku dah lupa, tapi daripada Korea.

Hati dan beban pun lebih ringan. Padahal bukan aku yang bayarpun. Hahahaha. Tapi keputusan kat tangan aku ler, sebab aku duk rumah mak. Lalaalaaalaa

Tambahan aku dah susun dah kebaikan dan keburukan. Bukan kosong. 

Nak buat air sejuk bukan susah. Letak banyak banyak botol dalam peti ais tu sejuklah. Puas minum. Bukan takat satu liter atau 2 liter je.

Air panas pun sama. Jeranglah. Susah sangat ke nak jerang air? Gas ada, semua ada. Hidup jangan nak mudah sangat. Dah terlebih mudah dah ni. Kang kalau kita cakap zaman mak mak kita dulu elok je sihat minum air paip, ada je jawapannya. Malas aku nak debat wei. Tu sebab aku dah siap senarai awal awal. Setakat nak gaduh pasal air panas segera yang dapat cuma 2 gelas besar tu je, hurmmm…. Tak apalah. Biarlah aku jerangkan. Akukan nak ghajin tahun ni. Huhuhu

Aku macam terpikirlahkan, mesti ada orang yang jerang air pun tak retikan?


Anak sulung

2026

2026, Sambut Aku Dengan Lebih Tenang

 Hujan masih turun lagi. Walaupun sekejap sekejap tapi lebat beserta dengan bunyi guruh yang tidaklah seberapa keras. Aku masih bertelekung menunggu waktu Asar kerana Zuhurku agak lewat sebentar tadi. Alang alang tu aku tunggulah terus selagi ada air wuduk. Aku duduk dalam gelap kerana hujan hujan begini begitu syiok aku menghabiskan hari baru 2026 dengan tidur. Aku juga sedang nak menghabiskan drama cina 40 episod yang telah aku tonton minggu sudah. Ralit pulak aku melayan. Ahhh… memanglah aku nak memulakan tahun 2026 dengan sesuatu yang baru, namun, biarlah aku menghabiskan drama yang aku tonton ni. Last, kata hatiku menipu lagi. Hahaha

Isi dan tajuk posting aku di wasap status pada hari ini, 1/1/26 adalah ‘2026, sambut aku dengan lebih tenang’ itu sahaja. Simple dengan font kecil di tengah tengah note comot berwarna putih. 

Dalam hati aku merayu rayu, tolonglah. Aku nak berubah. Aku tak nak miskin lagi. Aku nak bayar hutang hutang aku dan aku nak kurus. Tiga benda tu tahun ni aku nakkan kat dunia 2026. Berbeza dengan tahun lepas. Tahun lepas aku tiada sebarang matlamat. Aku hanya melalui hari hari dengan masa dan keadaan yang membuat keputusan untuk aku. Kalau ada ada, tak ada tak adalah. Lebih pada ‘lantaklah’, ‘biarlah’ ‘aku pasrah’. Aku harap tahun ini, aku yang membuat keputusan untuk diriku sendiri.

Boleh tak ni?

Aku berharap aku bukan penghalang untuk diriku sendiri yang selama ini, akulah itu. Malu nak mengakuinya, tapi sebuah kenyataan memang tak boleh berubah dah. 

So, stop menjadi malas dan bodoh. Senangkan? Apa yang kita fikirkan satu doa!

Cari redho bukan pasrah, cari pahala bukan dosa, cari jujur bukan ragu ragu, cari dirimu sendiri bukan elak dan biarkan! Kau boleh buat! Aku boleh buat.

Biarpun uban dah lebih banyak, kulit dah tak anjal, lutut dah sakit, jalan terus! Ok? Janji?

Doakan aku!

2026,

Aku cari aku

Tenang

Redho

.

Entry yang selalu orang baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...